PUSAT RAWATAN SUFI TERAPI

Just another WordPress.com weblog

Hello world! August 18, 2009

Filed under: Uncategorized — sufiterapi @ 10:26 am

 

 

CANCER

WHO 2008  REPORTS :-

DIABETIS ABOUT  180 MILLIONS

AISHAH3

WHO global report Preventing chronic diseases: a vital investment : … (WHO) estimates that more than 180 million people worldwide have diabetes. …



HYPERTENSION 600 MILLIONS.

… hypertension is a silent killer that affects 600 million people worldwide, … The WHO said hypertensionmillion premature deaths a year worldwide. …

http://www.selfgrowth.com/articles/hypertension_kills_5_mills.html

STRESS 1 BILLION.

stress

50 million persons in the United States and about one billion persons worldwide. … Manage stress , do not allow it to manage you ! …jamaicaobserver.com/lifestyle/html/20080409T210000-0500_134386_OBS_…


 

 


HEART DISEASE100 MILLIONS

jantung

jantung2

 

jantung3

 

… 100 million people worldwide carry functional mutations in … people worldwide and contributes significantly to heart and kidney disease, and stroke. …

http://www.sciencedaily.com/releases/2008/04/080406153345.htm

http://www.health.uab.edu/19999



KIDNEY FAILURE 400 – 600 MILLIONS

kidney failer

Kidney Health Australia, formerly the Australian Kidney … It is estimated that approximately 400-600 million adults worldwide have chronic kidney disease. …

http://www.kidney.org.au/NewsEvents/WorldKidneyDay/tabid/655/Default.aspx



 

HINI

Good Morning and Good Health to all of you

DR. R KUMARASWAMY

kumarswamy

It is the need of the hour that everyone is made aware of the steps to prevent the attack by H1N1 virus.

Please go through the article attached. ( I read this article on Page 4 of Dinamalar dated 11th Aug, that is yesterday) It addresses the present problem straight. We already know that DXN reishi mushroom can help substantially. It hasbeen restated  clearly in this article. For those who don’t know where and how to get this mushroom capsules, please get back to me so that every person is protected against this attack . Also please forward this info to everyone you know quickly. You may save many lives by doing this great service.

May God give you all the strength in this great mission to protect the Health of all people known and unknown from this scourge.

Wishing you all the best in this great human endeavour

With warm regards to all the apostles of health

Dr.B.Kumaraswamy

DXN Crown Diamond (India)

WHY?  WHY?  WHY?  WHY?  WHY?  WHY?   WHY?

 

 Kenapa berjuta-juta orang jatuh sakit? Bukan juta lagi malahan mencecah lebih 1 billion penduduk dunia sakit? Kenapa? Apakah perubatan moden yang sedia ada gagal membendung masalah ini? Adakah perubatan alternatif juga gagal untuk membendung masalah ini? Adakah faktor manusia itu sendiri yang menyebabkan masalah ini bertambah-tambah kronik?

Tanpa perubatan moden atau alternatif lagi teruk keaadaan penduduk dunia. Jadi dimana silapnya?

Kajian- kajian demi kajian telah dilakukan?

Akhirnya satu keputusan yang boleh diterima pakai oleh semua pihak ialah faktor manusia itu sendiri.  Sesuai dengan hadith Rasulullah SAW. yang bermaksud :-

” Penyakit itu berpunca dari perut manusia “

Jika kita makan mengikut Sunnah Nabi. InsyaAllah tak perlu kerajaan membelanjakan berbilion-billion untuk rawatan perubatan.

” Makanlah kamu ketika kamu rasa lapar dan berhentilah kamu sebelum kamu rasa kenyang “

Sudah terbukti dizaman Nabi, pernah Nabi dihadiahkan seorang Tabib oleh Raja Mesir. Setelah membuka pusat rawatan selama beberapa bulan. Tiada seorang  pun yang datang untuk mendapatkan rawatan.  Tabib ini rasa musykil dan berjumpa Nabi. Ya Rasulullah ! dah beberapa bulan saya membuka klinik tapi tiada seorang pun yang datang? Kenapa? Apakah pengikut-pengikut Mu tiada seorang pun yang sakit? Jawab Baginda, juga kalian mengikut Sunnah Ku InsyaAllah tak perlu diadakan sebarang pusat rawatan. ( klinik atau hospital ).

Berapa ramai yang mengikut Sunnah Nabi ini?

Jadi tak hairanlah kenapa berbillion orang jatuh sakit?

Kita lihat sahaja di persekitaran kita. Budaya makan selama 24 jam tanpa henti-henti! Tambahan pula kalau musim kenduri kendara, bulan puasa! Uhh jadi pesta makananlah pula. Sampai tak larat nak pi Tarawih.  Makanan dibuangkan kedalam longkang begitu sahaja. Tiada siapa yang larat dah nak makan. Ini pengalaman saya sendiri menjadi Tok Siak di Surau.

Tahukah anda, penyakit yang dihidapi setiap manusia adalah berpunca daripada diri sendiri yakni USUS. Berpunca dari cara pengambilan makanan dan cara memanfaatkan tenaga yang terhasil dari pemakanan itu sendiri.
Ramai orang tidak tahu kebenaran itu dan jika ada yang tahu pun, mungkin hanya segelintir sahaja. Dan dari segelintir itu pula, ada yang tidak mempedulikannya!

U R WHAT R U EAT.


Apa pula akibat banyak makan?

Organ-organ dalam badan terpaksa kerja overitme. Akhirnya mesin dalam perut patut bertahan hingga 60 tahun keatas. umur 30 tahun dan mengeluh sakit itu sakit ini. Muda-muda lagi dah dapat penyakit 3 serangkai. Kencing manis, Tekanan darah Tinggi dan Lemah jantung. Mulalah itu tak boleh akan ini tak boleh makan. Pantang macam orang lepas besalin. Rugi!! Rugi!!

PUNCA SEGALA PENYAKIT DARI KACAMATA SAINS.

Bapak kepada segala punca penyakit ialah FREE RADIKAL!! Apa itu FREE RADIKAL?

Free Radikal adalah sejenis kuman jahat yang sentiasa keluar masuk kedalam tubuh kita. Jika sistem pertahanan tubuh kita kuat ia akan keluar. Tetapi jika sistem pertahanan kita lemah maka amat mudahlah ia masuk dan merosakkan sistem sel tubuh kita.

Sebab apa sistem pertahanan kita jadi lemah?

Kerana terlalu banyak Toksin dalan tubuh kita.


 

What is a free radical?

free radical, in my mind, was simply an atom which had an odd number of electrons in its outer ring.

The more complete answer is that a “free radical” is any atom or molecule which has an “unpaired electron” in the outer ring. An “unpaired electron” will also always mean that there is an odd number since “pairing” of electrons goes by 2s.

Let’s take the example of helium, where the helium atom has 2 electrons circling around the center, and its center is made up of 2 protons and 2 neutrons. If 1 of those electrons “goes away”, that electron would no longer have a mate! What we would have here is a free radical. It does have an odd number of electrons (1) in the outer ring (the only ring). We should note that it is very difficult to take one electron away from helium – that is why helium is considered so stable. Another word we need to understand in this situation is “ion.” An “ion” is an atom with some “net electrical charge” – an atom with either a “+” charge or a “-” electrical charge. Once an atom has fewer electrons, with a negative electrical charge, than protons, with a positive electrical charge, this atom now has more positive electrical charge than negative electrical charge – we therefore say that this atom is, itself, positively charged.

Because it is positively charged it attracts any available electron, with its negative charge. Opposites attract.

In summary, you should be comfortable with understanding what a “free radical” is. It is an atom with an unpaired electron in the outer ring. It is lacking an electron. Does a free radical always have to be just one atom? No. It can also be a molecule, made up of 2 or more atoms.

free radicals are atoms or molecules which contain unpaired electrons. Since electrons have a very strong tendency to exist in a paired rather than an unpaired state, free radicals indiscriminately pick up electrons from other atoms, which in turn converts those other atoms into secondary free radicals, thus setting up a chain reaction which can cause substantial biological damage.

Dr. Denham Harmon, M.D., Ph.D., first proposed a theory of aging as the indiscriminate chemical re-activity of free radicals possibly leading to random biological damage. His idea has had much experimental success, and it is now considered a major theory of aging. Dr. Harmon’s theory implies that antioxidants such as vitamin C and vitamin E, which prevent free radicals from oxidizing (removing electrons from) sensitive biological molecules, will slow the aging process. Dr. Harmon launched his theory by showing, for the first time, that feeding a variety of antioxidants to mammals extended their life spans.


free radicals

Free Radikal amat suka tubuh yang mengandungi banyak toksin! Lemak! Lendir! Asid dan pelbagai bahan kimia yang tak diperlu didalam tubuh kita.

Free Radikal akan masuk ke dalam sel kita dan merosakkan sel kita. Dalam masa 120 hari lahirlah sel yang rosak dan jahat. Akhirnya lendir yang kecil saiznya lama-lama menjadi besar dan keras. Daripada lendir ia bertukar menjadi keras.  Kemudian bertukar menjadai ketumbuhan. Kemudian bertukar menjadi TUMOR dan akhirnya menjadi KANSER !!

View Image

Kita ambil contoh yang mudah. Ambil sebiji epal yang segar. Kita belah dua. Selepas sehari kita iarkan epal tersebut akan berubah warna. Masuk hari kedua sudah menjadi busuk! Kenapa? Itulah dia Free Radikal, yang masuk kedalam enzim epal dan merosakkannya.

 

View Image

Air Batu dan Serangan Jantung.


Fakta ini sangat bagus.. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung … Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan.   Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh   enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

MANA DATANGNYA TOKSIN?

Kita mula dengan bangun dari tidur.Mula-mula kita gosok gigi.  Ubat gigi yang kita gunakan tak pernah kita lihat bahan-bahan yang digunakan. Bantai semacam aje.  Menurut kajian yang dilakukan oleh FOMCA hampir kebanyakan  ubat gigi yang ada dalam pasaran mengandungi toksin dan bahan kimia yang terlarang. Termasuklah ubat gigi berjenama, yang kita gunakan sejak kecil lagi. Untuk dapat maklumat lanjut layarilah website persatuan pengguna atau FOMCA. Banyak maklumat yang boleh kita pelajari.

 

 

UBAT GIGI BERACUN!

 …NGANDUNGI TRICLOSAN SEMENTARA BENIH DI SEBELAH KANAN DI SAPU DENGAN UBAT GIGI JENAMA LAIN BAYANGKAN BERTAHUN-TAHUN KITA MENGGUNAKAN COLGATE.
Posted on Monday 23 January 2006 – 09:13:22

Benih kacang disebelah kiri disapu colgate total mengandungi TRICLOSAN sementara benih disebelah kanan disapu dengan ubat gigi yang lain. Bayangkan bertahun-tahun kita menggunakan colgate.   http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

 

 

SABUN BERACUN

Begitu juga sabun yang kita mandi juga mengandungi bahan kimia. Nak uji samada ada sabun itu selamat ke tak selamat kita gunakan kertas litmas. Jika ia berubah warna maka sahlah sabun itu mengandungi bahan kimia. Masuk ia kedalam tubuh melalui ruang roma kulit kulit kita. Lama kelamaan ramai yang komplen menngidap penyakit kulit gatal. Terutama dicelah-celah kelengkang atau kawasan kulit yang berlipat. Jika dipakai berterusan ada harap kena penyakit Ekzema atau kenser kulit.

SYAMPOO MIGRAINE

Kemudian kita basuh kepala pakai syampu. Ada yang menyangkakan syampoo yang mahal pasti berkualiti.  Dan ada pula syarikat Sympoo yang sanggup declare syampoonya 100% dari herba. Malangya apabila pihak FOMCA buat kajian hampir keseluruhan Syampoo ada dipasaran mengandungi bahan kimia. Masuklah ia melalui kulit kepala.  Akhirnya ramai yang komplen sakit kepala. Migraine, rambut gugur,  rambut kusut  dan yang bahaya kena kanser atau ketumbuhan dalam otak.  So macam  mana kita nak kenal mana satu syampoo yang selamat digunakan?

Senang aje!!

Ambil sesudu syampoo tersebut. Masukkan ke dalam segelas air paip. Dan campurkan dengan sesudu garam halus. Kemudian kita kacau selama 1 minit. Dan kita hasilnya.

Jika sebatian tersebut menjadi pekat! likat! melekat! Sahlah syampoo itu ada campuran bahan kimia.

Kenapa pakai garam?

Kulit kepala kitakan berpeluh. Cuba rasa peluh tu masin ke manis?

Bayangkanlah apa yang terjadi dikulit kepala kita?  Peluh dikulit kepala kita itu akan mengaktifkan bahan kimia yang ada dalam syampoo tersebut.

So  syampoo yang bagus jika kita campurkan dengan garam. Sebatian itu tetap cair. kaedah yang sama juga boleh diuji keatas pencuci muka, pemutih muka dll.

syampoo

cleanser

 

TONER

Orang pompuan wajib pakai TONNER.  Sama juga kebanyakan Tonner dipasaran tak lepas dari menggunakan bahan kimia. Agar tahan lama dan cepat berkesan.

Nak ujinya cukup mudah. Tuangkan sesudu tonner kedalam piring. Kemudian kita bakar. Jika menyala? Buang ajelah tonner tu. Terbakar kulit muka nanti. Sebab apa?  Pasal ada campuran Alkohol, Petroleum base, asid dan lain-lain lagi. Tonner yang natural dibakar ia tetap takkan menyala. Kerana diperbuat daripada WATER BASE.

thumb_deodarantPenyebab utama untuk kanser payudara adalah karena pemakaian produk2 ANTI-TRANSPIRANTEN (= anti keringat / ANTI PELUH) Kebanyakan produk yang ada dipasaran merupakan kombinasi dari anti-peluh dan deodorant.ara.

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.712.2

 

Di bilik air berapa banyak racun yang dah masuk kedalam tubuh kita.

Apa kata Persatuan Pengguna? Bedak debu berisiko KANSER.



BEDAK

Dah siap kita pakai bedak. Bedak yang paling wangi kita suka sekali. Lagi wangi lagi bahaya. Bedak yang halus macam tepung gandum lagi bahaya. Pasai apa? Kerana terpaksa menggunakan bahan kimia yang tinggi untuk menghaluskannya.

bedak

  

GINCU

 

Lepas pakai bedak orang  pompuan pakai gincu. Gincu pun ada bahan kimia

MINYAK WANGI

Tak lepas dari menggunakan bahan kimia yang boleh mneyebabkan KANSER.


KOSMETIK MAUT

Bahaya barangan dandanan diri

Oleh Dr. Rahmat Awang

Pusat Racun Negara, USM

 

Sedarkah anda bahawa apa sahaja yang anda hidu, pegang atau makan yang boleh menjejaskan kesihatan dianggap racun. Bahan-bahan beracun ini berada di sekeliling kita tanpa disedari. Sesetengahnya adalah bahan yang kita gunakan di rumah atau di pejabat setiap hari.

Seperti mana yang dinyatakan pada ruangan lalu, lebih kurang lapan puluh peratus daripada kemalangan keracunan membabitkan bahan-bahan yang disimpan di rumah.

Bagi mengelakkan daripada kejadian keracunan berlaku, adalah baik sekiranya kita mengetahui bahan-bahan yang berbahaya dan yang tidak. Rencana kali ini akan membincangkan tentang bahan-bahan tertentu yang terdapat di rumah yang selalu dikaitkan dengan kejadian keracunan.

Diharapkan, ruang ini dapat meningkatkan kesedaran di samping membantu pembaca supaya bertindak dengan cepat dan teratur dalam mengendalikan kejadian keracunan yang berlaku.

Salah satu barangan yang sering terdapat di rumah ialah alat dandanan diri atau kosmetik. Ini merangkumi berbagai jenis barangan termasuk barangan yang digunakan untuk penjagaan rambut (seperti barangan peluntur rambut, barangan mengerinting rambut, barangan pelurus rambut, pewarna rambut, penyembur rambut, kondisioner rambut, krim pembilas dan bahan dandanan rambut); mekap mata dan muka, bedak gincu, pengilat kuku dan minyak wangi.

Setiap satu barangan ini mempunyai kandungan bahan kimia yang berbagai. Walaupun secara amnya barangan ini dianggap selamat, kehadiran bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan mudarat apabila tersalahguna.

`Barangan peluntur rambut’ mengandungi berbagai bahan kimia. Barangan jenis serbuk dan losyen dianggap sederhana bahayanya dan jika tertelan boleh menyebabkan gangguan gastrousus. Mangsa perlu bertindak dengan membasuh mulutnya dengan air yang banyak, kemudian dibawa untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

`Barangan pengkerinting rambut’ pula melibatkan penggunaan berbagai bahan kimia. Bahan kimia yang boleh membahayakan adalah sulfit, bromat dan tioglikolat yang terdapat dalam losyen mengkerinting serta hidrogen peroksida sebagai neutralizer.

Keracunan serius pernah berlaku pada kanak-kanak berusia 1.5 hingga 3 tahun yang menelan losyen kerinting yang mengandungi bromat.

Kegagalan buah pinggang adalah salah satu komplikasi yang dialami dan merupakan punca utama kematian. Hidrogen peroksida yang digunakan dalam barangan ini adalah berkepekatan sebanyak 9 peratus.

Pada kepekatan ini, jika tertelan, ia tidaklah membimbangkan kecuali jika melibatkan jumlah yang banyak. Jika ini berlaku, hidrogen peroksida boleh membebaskan oksigen dengan banyak sehingga menyebabkan ketegangan/pengembangan perut. Keadaan ini akan membuatkan mangsa mengalami kesakitan perut.

`Barangan pelurus rambut’ pula mengandungi bahan kimia yang lebih kuat pada kepekatan yang lebih tinggi daripada barangan pengkrinting rambut. Bahan kimia yang biasanya didapati dalam barangan ini adalah natrium hidroksida pada kepekatan 1 hingga 3 peratus dengan nilai pH 13.

Arahan penggunaannya haruslah diikuti dengan teliti bagi mengelakkan iritasi atau radangan pada kulit dan mata.

Jika tertelan, ia boleh membakar sistem penghadaman kita terutama di bahagian esofagus. Jika pendedahan ini berlaku, pembaca digalakkan minum air biasa atau susu untuk mencairkannya.

Komplikasi
Pemeriksaan doktor juga perlu dilakukan bagi memastikan komplikasi tidak dialami.
`Penyembur rambut’ yang digunakan untuk mengawal keadaan rambut adalah salah satu barangan penjagaan rambut yang amat digemari. Pelarut yang digunakan biasanya adalah sejenis alkohol yang berkepekatan sehingga 95 peratus. Jika ditelan, ianya boleh mengakibatkan seseorang mengalami pening kepala. Kesan lain adalah sama seperti kesan keracunan alkohol.

`Kondisioner rambut’, `krim pembilas’ serta `bahan dandanan rambut’ walaupun mempunyai berbagai bahan kimia secara amnya dianggap tidak berbahaya jika tertelan melainkan jika kandungan alkoholnya tinggi. Kesan yang mungkin dialami hanyalah berbentuk gangguan perut bagi sesetengah kes.

`Kosmetik mekap mata’ secara amnya dianggap selamat. Saiz pakejnya juga adalah kecil untuk mengakibatkan kesan toksik jika ditelan. Namun begitu, sekiranya tertelan, air atau susu perlu diminum untuk mencairkan bahan kimia yang terdapat dalamnya.

`Kosmetik mekap muka’ termasuklah pemerah pipi, krim asas bahan penutup tompok-tompok hitam secara umumnya dianggap tidak berbahaya dan kesan toksik tidak berlaku sekiranya tertelan.

`Gincu’ juga dianggap tidak berbahaya. Ia biasanya mengandungi minyak galian atau sayuran, lilin dan pewarna. Lain-lain bahan yang ditambah termasuklah bahan pelembut, pewangi, pengawet, antioksidan dan mungkin juga perasa. Jika ditelan, ia tidak meninggalkan sebarang kesan.

`Pengilat kuku’ terdiri daripada pelarut seperti xylena, toluena, aseton, etil asetat, etanol atau metanol dan `plasticizer’ seperti butil-asetat, dibutil phthalate, kamfor bersama nitroselulosa atau lain-lain resin.

Sesetengah daripada bahan-bahan kimia ini jika ditelan dengan banyak boleh mengakibatkan rasa mual, muntah-muntah dan mungkin juga penekanan terhadap fungsi otak. Oleh yang demikian, mangsa keracunan perlu dibawa ke hospital dengan segera sekiranya di dapati tertelan pengilat kuku.

`Pembersih pengilat kuku’ pula mengandungi aseton dan etanol sebagai bahan kimia utama. Oleh itu, sekiranya ditelan ia boleh membahayakan diri. Kesannya adalah sama dengan kesan keracunan alkohol.

`Barangan kolon serta minyak wangi’ amnya adalah larutan hidroalkohol dengan dicampurkan dengan sedikit pewangi. Barangan ini mempunyai kandungan alkohol setinggi 50 hingga 90 peratus. Jika ditelan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rasa mengantuk dan penekanan fungsi otak.

Barangan bedak termasuk bedak debu dan bedak badan mengandungi bahan-bahan seperti talkum, kanji atau kedua-duanya sekali dengan disertakan dengan karbonat inorganik, zink stearat, kaolin, pewangi dan mungkin juga pengawet. Secara amnya, bedak jenis ini dianggap tidak berbahaya. Namun begitu jika dihidu dengan banyak boleh menyempitkan saluran pernafasan.

Selain daripada barangan yang disebutkan di atas, terdapat juga barangan lain yang biasa digunakan dan di simpan di rumah. Walaupun ianya tidak dinyatakan, ini tidaklah bermakna yang ia langsung tidak berbahaya. Dalam keadaan kecemasan pembaca digalakkan menghubungi lPusat Racun Negara segera dengan menelefon talian bebas tol 800-8099 untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut


SOAL JAWAB TENTANG KERACUNAN

 

 Apakah implikasi pendedahan plumbum pada kanak-kanak? Plumbum adalah sejenis logam yang bertoksid dan pendedahan kepadanya secara berterusan adalah satu keadaan yang membimbangkan. Tubuh kanak-kanak boleh menyerap lebih banyak plumbum berbanding dengan orang dewasa terutama sekali jika kanak-kanak ini juga mengalami kekurangan zat makanan.

Masa yang diperlukan untuk ‘menyingkirkan’ logam ini juga memakan masa bertahun lamanya. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan peningkatan paras plumbum dalam darah.

Walaupun kadar kejadian keracunan yang membabitkan plumbum tidak diketahui, laporan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Pusat Racun di Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kanak-kanak merupakan mangsa utama keracunan plumbum, dan 49% daripada kes yang dilaporkan terdiri daripada kanak-kanak berusia kurang daripada 6 tahun.

Beberapa kajian di beberapa negara menunjukkan peningkatan paras plumbum dalam darah walaupun sedikit boleh menjejaskan IQ kanak-kanak.

Menjejaskan
Maklumat terkini meletakkan nilai paras plumbum dalam darah di antara 15 mcg/dL sehingga 25 mcg/dL sebagai boleh menjejaskan IQ kanak-kanak tanpa menghasilkan gejala-gejala keracunan yang nyata seperti rasa lesu, mual, muntah-muntah dan sakit perut.

Penurunan IQ mungkin akan menjadi lebih membimbangkan jika peningkatan paras plumbum terus berlaku. Didapati kepekatan plumbum melebihi 1mcg/dL dapat menyebabkan penurunan IQ secara purata sebanyak 5 mata.

Pendedahan jangka panjang boleh mengakibatkan penyakit lain seperti anemia (kurang darah), gangguan atau kegagalan fungsi buah pinggang, penyakit darah tinggi, sakit dan sendi tulang.



SARAPAN PAGI

Bisanya kita minum kopi, teh atau milo. Kita lihat apa ada dalam Kopi Teh  dan Milo.

Dalam kopi dah tentu ada cafein. Sesiapa yang ada migraine confirm sampai bila-bila tak boleh minum kopi. Boleh tercabut kepala dibuatnya. Itu tak pe lagi yang bahayanya kebanyakan kopi-kopi dipasaran ada campuran stroid. MMA buat kajian, pengusaha kopi menggunakan 12 kali ganda dari yang dibenarkan.

Monday, October 27, 2008

 


 

Awas Kopi `Kaw’ Yang BERACUN ..

Hati – hati anda jangan meminum kopi pahlawan (pic diatas) kerana mengandungi disahkan mengandungi racun berjadual sindenafil nitrat.

Maklumat lanjut sila klik topik KOPI MAUT.

HARIAN METRO TENTANG KOPI MAUT

Harian Metro

KUALA LUMPUR: Penggemar minuman kopi segera dinasihat berwaspada berikutan kemunculan ‘kopi maut’ yang sengaja dicampurkan bahan kimia berbahaya, sintetik sildenafil nitrat, yang boleh menyebabkan mereka mati mengejut selepas meminumnya.

Kopi campuran berkenaan kononnya diadun dengan herba asli seperti gingko biloba, ginseng dan pelbagai herba lain, walhal ia sebenarnya hanya gimik untuk meyakinkan pengguna ia mampu merangsang nafsu seks.

Kewujudan kopi terbabit disedari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan selepas menerima aduan orang ramai berhubung kesan negatif mengambil minuman itu.

Susulan maklumat diterima, pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan risikan bagi mengesan pengedar kopi dalam peket yang diedarkan melalui jualan langsung itu.

Penguat kuasa mengesan pejabat pengedar serbuk kopi terbabit di Metro Prima Puchong, dekat sini, sebelum berpura-pura ingin menjadi ejen syarikat itu.

Bagaimanapun, eksekutif syarikat jualan langsung itu menetapkan syarat supaya pegawai farmasi yang menyamar itu tidak menjualnya di restoran mamak berikutan hak penjualan kepada kedai makanan dimonopoli mereka.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berkata, pegawai yang menyamar itu ditawarkan kopi berkenaan pada harga RM4 sepeket sebelum dijual di pasaran pada harga RM5 sepeket.

Menurutnya, pegawai itu membeli kopi terbabit sebelum menghantar sampel ke makmal dan disahkan mengandungi racun berjadual sindenafil nitrat yang turut digunakan untuk menghasilkan pil Viagra.

“Berdasarkan bukti diperoleh, sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi menyerbu syarikat itu jam 11 pagi, semalam.

“Kehadiran pegawai farmasi memeranjatkan lima pekerja syarikat jualan langsung terbabit yang diserbu sebaik memulakan operasi awal pagi semalam,” katanya.

Hasil pemeriksaan, pegawai farmasi menemui 3,391 peket kopi berkenaan yang disimpan di stor syarikat terbabit.

“Siasatan mendapati pihak pengedar cuba memperdaya pengguna dengan meletakkan logo halal dan label Amalan Pengilangan Baik (GMP) pada peket kopi dijual.

“Selain itu, setiap peket kopi seberat 25 gram turut menggunakan motto ‘kuat, tahan dan sihat’ bagi menunjukkan seolah-olah ia produk makanan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, seorang eksekutif syarikat jualan langsung terbabit berusia 20-an memberi alasan tidak mengetahui kopi terbabit berbahaya berikutan pembekalnya mendakwa ia dihasilkan daripada kopi terpilih dan herba tempatan.

Lelaki itu memberitahu, kopi terbabit yang dibekalkan sebuah syarikat di Cheras di sini, mendapat permintaan menggalakkan daripada pengusaha kedai mamak dan restoran sejak mula dipasarkan setahun lalu.

“Lelaki itu memberitahu baru sebulan menerima stok kopi terbabit daripada pengedar, namun kami percaya ia sudah lebih setahun diedarkan kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, apa yang menakutkan pengguna yang mengambil kopi yang dicampur sebatian sildenafil menghadapi risiko maut.

“Ia amat berbahaya, terutama kepada mereka yang menghidapi darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan. Produk mengandungi kimia itu sangat berbahaya kerana tekanan darah boleh menjadi terlalu rendah.

“Selain itu, boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan perut dan penglihatan serta sakit otot. Malah, ia mampu merebak kepada penyakit hati dan buta,” katanya.

Menurutnya, penjual atau pengedar produk seperti itu boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.



No.83

RACUN DALAM TEH

Monday 09 January 2006 – 12:35:22


10 jenama teh dikenal pasti dicampur pewarna.

SEGAMAT 8 Jan – Kementerian Kesihatan mengenal pasti 10 jenama serbuk teh yang dicampur dengan bahan pewarna dan digunakan terutamanya pengusaha kedai, restoran serta gerai makanan di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata 51 syarikat pengeluar teh dikesan mengadukkan pewarna dalam keluaran mereka sepanjang tahun lepas berbanding 32 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata jenama teh berkenaan adalah Teh Wangi, Teh Cap Masjid, Serbuk Teh, 3 Bintang, Teh Campuran, Teh Cap Bunga, Teh Tarik (Burung Petalawati), Serbuk Teh Wawasan 2020, Serbuk Minuman (A1) dan Bunga Mahkota.”Kesemua jenama teh ini didapati masih digunakan terutamanya di kedai, restoran serta gerai makanan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dan makan tengah hari bersama penduduk kawasan Chemplak, Labis di sini hari ini.“Peningkatan penggunaan teh bercampur pewarna dikesan kerana disebabkan permintaan pengguna,” kata Soi Lek, yang juga Anggota Parlimen Labis.

Beliau berkata 14 pengeluar dikenakan denda berjumlah RM24,102 tahun lepas kerana kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985. – BernamaKOMEN PPIMIni merupakan isu serius yang berlaku sekian lama. Para peniaga seumpama tidak menghiraukan keselamatan pengguna langsung, sebaliknya menggunakan pelbagai taktik untuk melariskan jualan mereka.Pewarna seumpama ini dikuatiri akan menyebabkan implikasi kesihatan seperti penyakit barah. Selain itu, PPIM juga amat risau berkenaan kegemaran orang Melayu meminum sirap dan serbuk pewarna merah dalam minuman dan makanan. Menurut lapuran yang diterima, pewarna merah sirap diperbuat daripada sejenis serangga seperti semut yang digelar cochiner.Bolehkah kita minum air semut?? Fikirkanlah.Sedikit tips untuk pengguna oleh Presiden, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Tn Hj Jamalulkhan Kadir.Cara-cara mengenalpasti teh yang dimasukkan pewarna.Masukkan satu sudu teh kedalam air sejuk. Jangan dikacau, biarkan ia mendap sendiri. Sekiranya terdapat warna keluar tersebar mewarnai air, maka itulah pewarna yang dimasukkan.Teh asli tanpa pewarna hanya mengeluarkan warna dan rasa didalam air panas sahaja.

 

 

MILO

Minu milo anda jadi sihat dan kuat. Kuat apa? Kuat Kencing Manis!!!!

Lebih banyak gula dari milo. Anak-anak yang suka minum milo confirm badan kurus dan kurang selera makan.

milo

 

AIR KLORIN

Hari-hari kita minum air klorin. Masak air klorin. Mandi air klorin. Kononnya jika masak selamatlah diminum. Rupanya lagi bahaya. Pasai apa?

triklorometana

Dalam air ada sebatian bernama Asid Humic dan bila dimasak bercampur klorin ianya akan bertukar menjadi satu sebatian yang dinamakan TRIKLOROMETANA. Sejenis sebatian agen KANSER. Jadi tak hairan cukup ramai yang kena kanser. Doktor pun tak terlepasa kena kanser.

dr nordin

SAYUR BERACUN

Kebanyakan orang bila pilih sayur, dah tentu cari yang cantik dan segar. Ulat lagi pandai dari kita. Ulat pula cari sayur yang tiada beracun.

Hampir kebanyakkan pekebun sayur tidak mengikut penggunaan Racun Sayur berjadual.

Ini bukti bagaimana racun dikeluarkan dari sayur yang berbentuk kapas.

sayur zon

IKAN  DAN ASID BORIK

Hampir semua pemborong Ikan menggunakan ASID BORIK bagi ikan tahan lama. Kecuali penjual ikan segar Pasar tani. Itu pun kena berhati-hati juga. ASID BORIK sejenis bahan pengawet mayat. 10 tahun pun boleh tahan ikan, daging, udang, sotong dll. Ikan-ikan di laut Pulau Pinang mengandungi najis manusia.  Kerana tiada sistem kumbahan yang smepurna. Najis manusia disalurkan kelaut.

asid borik 19 thn

AYAM DAN ANTIBIOTIK

Ayam sepatutnya 2 bulan baru boleh sembelih. Tapi dengan teknologi baru. 2 minggu dah boleh sembelih. Padat dengan daging ke Hormon? Pasai tu bila kita demam, pi klinik doktor cucuk antiboitik. Antibiotik yang sama diberi pada ayam. Tak de maknanya.

Dua jenis antibiotik ada dalam ayam – CAP


(Utusan Malaysia, Selasa – 21 Mei 2002)  

Pulau Pinang (Malaysia) – Disebalik jaminan Kementerian Kesihatan  bahawa ia tidak akan bertolak ansur dalam isu-isu melibatkan kesihatan awam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mendakwa bahawa kedua-dua jenis antibiotik Nitrofuran dan Chloramphenicol masih digunakan di ladang ternakan ayam. Hasil ujian terbaru persatuan itu mendapati Nitrofuran dan Chloramphenicol masih terdapat dalam tujuh daripada 10 sampel daging ayam.  Oleh itu, Presiden CAP meminta Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan untuk melindungi kesihatan orang awam.

Ayam Diberi Enzim Babi : Mudah Busuk!

KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?

Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.



 


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mengikut e-mel itu, penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang tidak diketahui status sama ada halal atau tidak daripada cara sembelihannya, dikesan di Eropah.

Enzim sama kini dipercayai digunakan secara meluas di beberapa negara di Asia, sekali gus menimbulkan persoalan besar sama ada ia turut digunakan di Malaysia berikutan ayam daging di negara ini kini pelik ciri fizikalnya.


Metro Ahad menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.

Antara dakwaan di dalam e-mel itu dan faktanya disokong pemanggil ialah, ayam di pasar kini mudah busuk jika dibiarkan terdedah beberapa minit, menyebabkan peniaga sering menyembur air untuk memastikan ia kelihatan segar dan menghilangkan bau hanyir.

Mengulas dakwaan e-mel berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengaku kewujudan enzim itu, tetapi tidak tahu sejauh mana meluas penggunaannya di Malaysia kerana ‘kecanggihan’ enzim itu memerlukan ujian makmal yang sukar serta mahal untuk dikesan penggunaannya.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negara ini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu itu.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak terus dakwaan di dalam e-mel itu. Kita berharap agensi kerajaan berkaitan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sama ada benar atau tidak maklumat di dalam e-mel itu.

“Ini kerana ayam adalah makanan utama bagi penduduk negara ini, termasuk orang Islam. Ia satu isu besar yang memerlukan pengesahan berdasarkan ujian makmal, bukan hanya berdasarkan pengakuan penternak,” katanya kepada Metro Ahad.

Hatijah juga mengesahkan, ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.

Katanya, di Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, ayam disuntik dengan gelatin bertujuan menambah kandungan air, sekali gus berat badan ayam juga meningkat. Enzim babi pula digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam.

“Namun kami tidak tahu sama ada gelatin berkenaan, enzim babi atau bahan buangan lain yang diragui status halalnya turut digunakan oleh penternak di negara ini,” katanya.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut memandang serius dakwaan di laman web itu kerana membabitkan isu yang sensitif bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kesihatan semua pengguna.

 

View Image

SATAY DAN KANSER

Memang sedap dimakan. Yang tak sedapnya arang yang digunakan. Ia akan menghasilkan satu bahan bernama Kasinorgen. Salah satu agen kanser. Dan boleh menjejaskan seluruh sistem tubuh kita.


TELEFON BIMBIT DAN RADIASI

Tiada telefon bimbit tak boleh hidup dengan selesa. Bahan keperluan dari kanak-kanak sampailah raja. Semua pakai.

Tahukah anda RADIASI yang dikeluarkan boleh membakar otak dan kulit, kerosakan sistem imun, merosakkan DNA, kecacatan bayi, Parkinson, penurunan nafsu sek dll.

handphone bahaya

Telefon bimbit beri kesan kepada kulit

(Berita Harian, Isnin – 13 Jun 2005)

London – Penyelidikan terbaru saintis Jepun mendakwa radiasi telefon bimbit boleh memberi kesan alahan kepada mereka yang menghidap masalah seperti eczema atau dramatitis.  Menerusi kajian itu, saintis mendapati darah beberapa pengguna telefon bimbit itu mempunyai paras bahan kimia yang tinggi dan dihasilkan sistem daya tahan badan sebagai kesan reaksi alahan.  Kajian itu sekali gus mengesahkan kaitan alahan kulit dengan telefon bimbit biarpun penyelidikan mengenai kesan sebenar alat komunikasi itu, termasuk kesannya kepada kesihatan pengguna, sedang dilakukan.


 

Risiko ubat nyamuk sama seperti rokok

(Berita Harian, Selasa – 21 Jun 2005)

Kuala Lumpur (Malaysia) – Satu kajian mendapati membakar satu lingkaran ubat nyamuk didalam bilik tertutup boleh memberi kesan yang sama kepada penghuninya seperti menghisap antara 75 hingga 137 batang rokok.  Asap berkenaan boleh menyebabkan seseorang yang berada di dalam bilik tertutup itu menghadapi risiko mendapat penyakit kronik seperti barah dan masalah pernafasan seperti bronkitis yang teruk.  Kajian juga mendapati asap lingkaran ubat nyamuk di negara ini juga mengandungi banyak sebatian organik yang tidak termasuk karsinogen, iaitu ejen yang boleh menyebabkan barah.



 SARDIN DAN KANSER

Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi
lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan
merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan,
insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan
lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker
memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini

.edia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi.

Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia. Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah.

Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin.

Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini.Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikansardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cubalah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernahmengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah  sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang  gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.


Risiko barah dari serbuk pencuci

(Berita Harian, Jumaat – 15 Julai 2005)

London.Saintis Amerika Syarikat mendakwa, sejenis bahan kimia yang ditemui dalam serbuk pencuci, tekstil dan plastik boleh menyebabkan barah payu dara.  Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), pakar sebelum ini sudah lama mengesyaki bahan tertentu yang mengganggu hormon adalah satu ancaman yang meningkatkan risiko barah berkenaan.

MEE ASID BERDARAH

Penggunaan asid borik (penyebab kanser) yg tinggi dlm pembuatan mi kuning. cara nak tahu dgn menjirus air kunyit. mi tersebut akan bertukar warna merah spt darah.


STRESS IS A SILENT KILLER.

View Image

Apabila anda stree berjuta-juta sel dalam tubuh anda akan mati. Ia menyebabkan hilang pertimbangan. Di Jepun merupakan pengidap stress paling tinggi didunia. Membunuh diri akibat stress juga tertinggi di negara matahari terbit ini,

Di Kuala Lumpur pemandu-pemandu mengalami stress yang begitu teruk sekali. Mereka bersifat lemah lembt di rumah dan pejabat. Tetapi apabila berada dalam kenderaan watak mereka menjadi brutal akibat stress. Pantang kena hon!!! Cepat melenting.

AIR POLLUTION

Kalau di perincikan satu persatu, memang cukup banyak faktor-faktor yang menyumbangkan kepada masalah kesihatan.



 

come to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!