PUSAT RAWATAN SUFI TERAPI

Just another WordPress.com weblog

TAKTIK BOMOH PENIPU. August 24, 2009

Jangan percaya mana-mana

BOMOH, BOHMAU, BOHJAN BOHSIA USTAZ,

IMAM, LEBAI, KIYAI, DOKTOR PAKAR  dan

sebagainya yang

mengenakan bayaran, kadang kala hingga beratus

hingga beribu. Pembohong, penipu, putar alam,

pembelit. dan sebagainya.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu

menyembuhkan dan menyelesaikan segala masalah

dan penyakit yang kita hadapi.

Ingat kita dijadikan sebagai KHALIFAH dimuka bumi

ini. Oleh itu jangan tunduk sama sekali kepada iblis,

syaitan dan sebagainya.

KAEDAH 1.

Kenalan saya telah mengalami masalah api tuju yang masuk kedalam rumah dan membakar hansi semua harta benda sehingga licin bo liau cina kata. Kita ikuti pengalaman beliau selama setahun menghadapi ujian getir ini. Dahlah kena musibah ada pulak Bomoh, Ustaz, Dato’ yang ambil kesempatan musibah yang berlaku.

Ibarat pepatah sudahlah jatuh di timpa tangga pula.

BOMOH 1

Menurut firasat Pak Long ( nama sebenar drahsiakan) kau ni terkena buatan orang. Bahaya ni!. Orang ni kalau boleh nak bunuh semua seklai. Kalau nak bunuh jin-jin yang dihantarnya ini syaratnya :-

1. Sediakan secebis kain kelambu Ka’abah.

2. Setanggi dari Mekah.

3. Duri landak.

Kalau tak dapat sediakan, Pak Long boleh sediakan. Benda ni susah dapat. Jadi bayarannya juga mahal.

Berapa Pak Long kos semuanya.

1, Secebis kain kelambu Kaabah harganya RM 5000. Ini jadi pendiding. Jin, syaitan, api tuju dan segala makhluk halus tak boleh masuk.

2. Setanggi Mekah ni satu tahil RM 1000 Kena beli 4 tahil. Untuk diletakkan 4  penjuru.

3. Duri landak ni, binatang yang hampir pupus. Binatang kawalan. Susah nak dapat.  Upah orang buru siap sembelih harganya RM 5 ribu.

4. Upah Pak Long ikhlaslah berapa nak bagi.

5. Jumlah menyediakan barang sahaja RM 14,000.00.

Oleh kerana takut keselamtan anak-anak. Beliau pun bayarlah.

Selepas seminggu rawatan yang dilakukan. APi tuju tetap masuk juga.

BOMOH 2.

Mengikut firasat Dato’,  jiran sebelah ni yang buat sihir ni! Ini kes berat ni. Kalau Dato’ nak datang tiap-tiap hari berat juga. Dato’ cadang macamnilah. Baik kau suami isteri Dato’ ijazahkan zikir-zikir pendinding setaraf dengan Tok Kenali. Agar api tuju ni tak tembus lagi.

Dato’ bagi amalan peringkat yang tertinggi punya. Bayarannya juga tinggi.

Setiap seorang bayaran ijazahnya RM 7,000 dan Berdua jumlahnya  RM 14,000.00

Takut punya pasal buat bayaran 2 kali ansuran. Boleh deal lagi. Setelah beramal seminggu, tak larat nak wirid pula terlalu banyak dan letih.  Ketika wirid api masuk. Berkejar kejar padam api.  Sampai ke pagi tak boleh tidur. Akhirnya give up nak berwirid. Lesap RM 14,000.

BOMOH KETIGA.

Ni jauh sikit. Pasai dengan kata orang. Bomoh ni terror. Bukan terror. Tapi terrorist. Pantang dengan ada bomoh bagus je. Jom pi.

Kali ni bomoh kerabat raja. Lagi power ni. Mengikut firasat patik.  Musuh ni nak santau Ketua keluarga. Tapi yang lain-lain semua kena tempias. Dan semua kena Patik mandikan dengan Kain Kapan dan 70 puluh jenis bunga.

Bayaran mandian setiap orang ialah RM 3,000. x 8 orang = RM 24.000.00

Korek duit dalam bank. Mandi jangan tak mandi. Lepas seminggu mandi, balik rumah macam tu juga. Api tuju tembus juga.

Dah habis RM 100,000 termasuk bomoh, ustaz yang cas RM 1000,00, RM 2000.00.

Akhirnya Api tuju berjaya ditewaskan hanya dengan pengamal perubatan yang tidak mengenakan apa-apa bayaran pun.

Hanya doa sahaja sudah selesai segala masalah. AMIN.

BOMOH KEEMPAT.

Keluarga ni berasal dari Johor. Salah seorang dari keluarga mengidap penyakit Kanser Payu Dara. Mengikut ramalan doktor ada harapan 6 bulan sahaja lagi untuk hidup.

Sebagai alternatif carilah seorang tukang ubat. Ustaz lagi.

Menurut firasat ustaz. Pesakit ni terkena sihir orang. Dan hampir semua ahli keluarga telah ditanam dalam tubuh sihr-sihirnya. Dan seorang demi seorang akan mati.

Jadi semua kena berubat. Ada 12 orang ahli keluarga. Upah setiap seorang ialah RM 7,000.00. Jadi jumlah semua RM 84,000.00.

Ibu bapa yang takut dengan firasat Ustaz ni. Terus setuju. Duit boleh cari. Nyawa anak-anak tak ternilai harganya.

Berubatlah kesemuanya kecuali 2 orang yang enggan dan tak percaya. Selepas 6 bulan yang mengidap kanser payu dara mati juga. Yang tak berubat takde apa-apa pun. Yang berubat pun serupa macam takde apa-apa pun.  RM 70,000 terbang macam tu aje. Rawatannya hanya guna air liur sahaja.

BOMOH KELIMA.

Mengadu badan sakit-sakit, malam tidur kena hempap sampai tak bernafas.

Mengikut tilikan saya ada jin dalam badan puan. 7 ekor. Kalau nak keluarkannya. 1 ekor RM 5,000 ribu. Jumlah semua RM 35,000. Takut punya pasal setuju.  Selepas seminggu buat rawatan. Macam tu juga. Takde apa-ape perubahan. lagi teruk kena hempap lagi ada.

BOMOH KEENAM

Pesakit mengadu. Kadang kala bila tidur malam selalu disetubuhi oleh jin. Bila bangun pagi memang jelas kesan-kesan air mani.  Nak buar macam na tuan.

Mengikut firasat Ustaz jin tu ada duduk dalam kemaluan kamu. Jika nak keluarkan hanya kita berdua sahaja. Orang lain tak boleh ada sama.

Pesakit dah puas berubat tak menjadi-jadi. Mungkin betul kata ustaz ni. Takkan ustaz ni nak buat tak senonoh. Beliau pun setuju.

Pendek kata Ustaz ni ajak  masuk bilik. Dah raba kemaluan wanita ni. Naik nafsu gelora. Terpedaya dengan bisikan syaitan lalu merogol wanita tersebut.  Akhirnya kena 6 sebatan dan 20 tahun penjara.

BOMOH KETUJUH.

Menggunakan taktik telur untuk menjampi. Setelah menjampi telur tersebut dimasukkan kedalam air. Sebelum jampi telur dibuktikan terapung. Setelah dijampi telur tersebut tenggelam. Dan dikatan segala racun, makhluk halus, jin dah masuk kedalam telur tersebut. Itu yang jadi berat. Orang pun heran betullah.

Sebenarnya air tu telah dicampur dengan garam. Macam air laut mati. Semua orang terapung. Gelas yang satu lagi air biasa. Takde campur garam. Pasai tu tenggelam.

BOMOH KELAPAN.

Jmapi guna telur juga. Kali ni setelah dijampi didapati dalam telur tu ada darah. Katanya ini darah makhluk halus yang disedutnya tadi.

Sebenarnya sebelum membuat rawatan, telur-telur tersebut telah disuntik dengan darah ayam.

Ketika menjampi ditutup lubang suntikan dengan ibu jarinya. Jadi orang tak perasanlah. Siapa pula yang berani tengok telur-telur yang bakal  digunakan. Dengan asap kemenyannya penuh dalam bilik, cahaya bilik damar-samar dengan api lilin.  Keris purba, tengkorak, dll penuh depan bomoh.

BOMOH KESEMBILAN

Mengadu takde selera makan selama seminggu. Oh ni terkena sampuk kat kuil hindu.  Ini kena pakai cincin dibuat dari kayu kapal Nabi Noh.

Kalau tak berubat ni bahaya ni. Jin kuil keras dan susah nak buang.  Jadi pakai cincin ni boleh jadi pendinding.

Cincin kelas C harganya RM 3000, Kelas B harganya RM 5,000 dan kelas A harganya RM 7,000.

Saya takde duit banyak Tok yang kelas C boleh tak.  Tak boleh ini jin kuil jangan main-main kena pakai kelas A baru boleh lawan.

Nak tak nak lesap RM 7000. Penyakit tak nak makan macam tu juga.

BOMOH KESEPULUH.

Sorang isteri mengadu tiada nafsu dengan suami. Berjumpa degan bomoh puaka ni. Senang aje. Untuk pulihkan nafsu puan saya mesti jimak puan dulu. Untuk membuang syaitan yang menutup nafsu Puan.  Dengan harapan puan akan bercerai berai. Takut kena cerai serahkan diri pada bomoh puaka ni.

Cukuplah setakat ni dulu. Akan saya dedahkan lagi. To be continue. .





 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s