PUSAT RAWATAN SUFI TERAPI

Just another WordPress.com weblog

GHOST BUSTER August 19, 2009

API TUJU BOLA API.

media1

KISAH BENAR

Pada 8.8.2009 jam 5 petang saya menziarahi rumah  kenalan saya di salah sebuah kondominium di Kampung Pandan. Terkejut saya dibuatnya. Habis rentung segala harta benda didalam rumahnya.

Yang hairan lagi pelik dan ajaibnya. Api tiada tapi tiba-tiba sahaja peralatan-peralatan dalam rumah satu persatu berasap dan hangus. Selama 4 hari berlaku berterusan. Berbagai usaha dan ikhtiar dilakukan tetapi gagal menghalang kebakaran demi kebakaran berlaku.

BOLA API

Nak panggil bomba pun api tiada. Nak padam menggunakan pili bomba yang sedia ada. Air pula tiada, kering.

Kemuncak kejadian asap misteri ini ialah dengan bunyi satu letupan yang kuat dan menggegarkan dan mengemparkan seluruh penghuni kondo tersebut. Habis rentung 100% tiada yang dapat diselamatkan. bolaapi

Yang hairannya lagi ia tidak merebak ke rumah jiran. Hanya terbakar dalam rumah sahaja.

Selang beberapa hari kejadian misteri ini berlaku. Jiran beliau dan penghuni kondo pakat beramai-ramai membaca Yassin berdekatan rumah beliau. Selang 2 pintu. Berlaku lagi satu misteri. Asap misteri itu menyerang tuan rumah yang mengendalikan bacaan Yassin.

ghost shadow

GHOST SHADOW

Walaubagaimanapun, asap misteri ini gagal memasuki rumah tersebut. Hanya berlegar didepan pintu rumah. Dan hanya dapat membakar kasut-kasut yang terletak diluar pintu rumah tersebut.

KESIMPULANNYA.

Saya nak ajak kita berfikir dan membuat kajian bersama. Kenapa rumah jiran tersebut gagal ditembusi?

Seperti yang dijanjikan oleh junjungan besar Nabi kita. Janganlah engkau jadikan rumah mu sebagai kuburan.

Ianya bermaksud rumah yang tidak dialuni dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran akan menjadi kuburan. Dan memudahkan jin dan syaitan masuk kerumah kita.

Ini bukan pertama kali berlaku kepada kenalan saya ini. Dua tahun yang lalu rumah pertama beliau telah mengalami kejadian yang sama. Ratus ribu telah dibelanjakan sebagai ikhtiar. Selama setahun beliau sekeluarga menderita tidak dapat tidur akibat api misteri tersebut. Ratusan ribu ringgit habis dibelanjakan. AKhirnya dengan rawatan yang ikhlas dan tidak dikenakan sebarang bayaran dapat menyelesaikan masalah asap misteri ini.Kejadian ini terpapar didada akhbar metro, kosmo, Sinar dll.

Tapi tak lama, selang setahun dari kejadian ini rumah beliau dan 5 biji rumah jirannya hangus terbakar

Saya sendiri pernah melihat sendiri dengan mata kepala asap-asap yang masuk kerumah beliau dan membakar peralatan-peralatan ketika membuat rawatan.


PENGAJARAN.

Kita jangan hanya bergantung pada mahkluk untuk menyelesaikan apa jua masalah zahir mahu batin. Makhluk sepertu Ustaz, Kiyai, Imam dan perawat yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran hanya boleh memberi pentunjuk jalan untuk menyelesaikannya. Jika kita sendiri tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Nabi kita. Percayalah Perawat yang hebat dalam dunia sekali pun tidak membantu menyelesaikan masalah kita.

Marilah kita kembali menghidup semula azimat mukijazat Al-Quran dan Hadith yang ditinggalkan oleh Nabi kita.

Makmurlah rumah kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Setidak-tidaknya baca Yassin padda malam Jumaat. Tapi kalau boleh baca setiap malam walaupun sedikit lagi baik

Ibu dirumah ajak anak-anak solat berjemaah dirumah. Bapa pula rajin-rajinlah solat berjemaah di surau atau masjid. Kerana Nabi dalam sejarah hidupnya tak pernah sembahyang dirumah. Solat dirumah sah tetapi tidak sempurna dan tidak mengikut SUNNAH. Mereka yang solat berjemaah di surau atau masjid insyaAllah keluarga mereka tidak akan terkena sihir.

Bapa sebagai ketua keluarga harus meningkatkan tahap ibadah. Memperkasa rumah tangga agar dapat hidup aman damai dan tenang.


Solat jemaah jangan abaikan. Zikir-zikir amalan nabi seperti MATHURAT sebagai pendinding yang mapan mampu menangkis sebarang ilmu sihir. Puasa sunat Isnin dan Khamis menguatkan roh dan menundukkan hawa nafsu. Solat sunat yang paling afdhal sekali dalam menyelesaikan apa jua masalah ialah solat sunat Tahajjud. Hanya sedikit insan yang mampu melakukannya. Waktu itulah doa yang paling mustajab untuk mengadu dengan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGAKUAN PESAKIT.

IMG_1339

Assalamualaikum,

Saya Haji Abdul Rahman bin Lausing dari Tawau, Sabah. Pihak doktor telah mengesahkan menghadapi masalah Jantung tersumbat. Dan perlu pembedahan segera .

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T sebelum  melakukan pembedahan TOK SIAK yang juga rakan niaga saya telah datang ke Institut Jantung Negara. Dan terus membuat rawatan kebatinan. Alhamdulillah 3 saluran yang tesumbat kembali normal dan tak jadi melakukan pembedahan jantung. Syukur Alhamdulillah.

Setelah keluar dari hospital saya dibawa kerumah TOK SIAK untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.  Amin

Abdul Rahman bin Lausing
Tawau, Sabah.

jampi

KAEDAH RAWATAN.

Perkhidmatan rawatan SUFI TERAPI  samada

penyakit zahir mahu pun batin. Menggunakan

Ayat-ayat Al-Quran, Zikirullah, Doa dan

Herba-herba terpilih yang Mustajab.  InsyaAllah.


SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN RAWATAN

Bersih dari amalan syirik seperti memakai atau

menyimpan  tangkal,

azimat-azimat, cincin Batu Serai, cincin berbatu

yang tidak tahu asal-usulnya, memyimpan barang

pusaka dari Ibu bapa, datok nenek seperti keris

pusaka, tepak sirih, parang kontot, selindang

kuning dll.

Dikhuatiri ada khadam yang menyebabkan tertolak

doa sesorang itu.

PERSEDIAAN SEBELUM RAWATAN

1. Solat sunat taubat 2 rakaat.  Baca apa-apa Surah

pun boleh. Kemudian baca Istighfar sebanyak 100 x

mohon ampun kepada yang MAHA ESA atas

kecuaian-kecuaian dan kesalahan-kesalahan yang

kita lakukan selama ini.

2. Solat Hajat rakaat. Baca mana-mana surah

pun tak apa. Sujud terakhir baca zikir Doa Nabi

Yunus a.s. yang ditelan dalam perut ikan Nun

sebanyak 40 kali. Dan doa baca dalam hati dalam

bahasa yang difahami. Merayu pada Allah S.W.T.

agar menyembuhkan segala penyakit dan

menyelasaikan segala masalah. InsyaAllah

apa-apa surah pun . Bacaannya adalah seperti

berikut :-

LA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU

MINAZ ZOOLIMI.

Kalau tak hafal ganti dengan selawat nabi s.a.w.

WAKTU RAWATAN

Setiap hari Khamis malam Jumaat. Digalakkan

solat Maghrib berjemaah di Surau Al- Hidayah.

Membaca surah Yassin berjemaah. Bawa air 5 liter

untuk dijadikan penawar. Solat Isyak berjemaah.

Barulah dimulakan dengan rawatan.

Sebaik sahaja tiba di surau Al-Hidayah, sila ambil

nombor giliran di belakang surau tempat kelas

pengajian. Ini mengelakkan dari berlaku tidak

keadilan dalam mendapatkan rawatan. Hanya 20

nombor sahaja dikeluarkan pada setiap kali

rawatan.

Jika ada kelas pengajian rawatan akan diteruskan

selepas solat Maghrib. Pesakit-pesakit boleh

mendengar ceramah sementara menunggu giliran.

Waktu bulan Ramadhan rwatan akan bermula

selepas selesai solat Tarawih.

Pesakit-pesakit digalakkan solat tarwih

bersama-sama.

KOS RAWATAN

Adalah percuma. Walau bagaimana pun kami

sediakan tabung Surau Al-Hidayah. Seikhlas hati.

50% derma anda untuk penyelanggaraan Surau.

JENIS-JENIS PENYAKIT BATIN.

Seperti terkena penyakit Santau,

terkena sihir,

terkena saka,

rasukan syaitan,

terkena pelalau,

terkena buatan orang,

terkena sihir,

terkena ilmu hitam,

terkena minyak senyonyong,

terkena ilmu pembenci,

seperti isteri benci tengok muka suami

atau

suami benci tengok muka isteri,

anak-anak berperangai liar, ganas dan brutal,

rumah tangga panas,

suami baran,

suami main kayu tiga,

atau disebaliknya,

Rumah didiami makhluk halus,

Pagar rumah secara kebatinan,

Ilmu alih hujan.

Macam-macam hal lagi,

1001 masalah yang tak habis-habi


PANGGILAN PEMBURU JIN !!!

Tanpa anda sedari dalam tubuh mungkin telah

didiami makhluk halus bertahun-tahun lamanya.

Nak jumpa ustaz malu. Nak jumpa bomoh takut

pula lain jadinya. Bayaran satu hal lagi. Ada yang

kena bayaran beratus-ratus, beribu-ribu pun ada.

Ikhlas pun ada.


Tapi dalam ikhlas silap-silap haribulan beribu-ribu

juga jadinya. Bila rawatan ulangan demi ulangan

tanpa kita sedari.


So disini Tok Siak tawarkan satu perkhidmatan yang

cukup mudah dan tak perlu pergi

kemana-mana. Hanya dengan satu panggilan dan

dalam masa beberapa minit dan dibacakan

ayat-ayat Al-Quran, InsyaAllah Tok Siak sudah

dapat mengesan

samada dalam tubuh anda ada atau tidak

MAKHLUKHALUS. Samaada SAKA, SANTAU,

SIHIR,

GANGGUAN MAKHLUK HALUS dan sebagainya.

Dengan menggunakan telefon mampu mengesan

samada tubuh seseorang itu ada mahkluk halus

atau

tidak. InsyaAllah. Anugerah Allah S.W.T.

Sila dail 019-2535755. Waktu panggilan setiap

malam dari jam 10.00 malam hingga 12 malam.

Bayaran ikhlas. Eh nak bayor macam mana pula.

Mudah aje! Anak Tok Siak  dua orang menggaji di

UITM Shah Alam. Ambil  jurusan ACCA. Layak

dapat pi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Tapi tak dapat penaja dan biasiswa.  So

masukanlah sumabngan anda ke dalam akaun anak

saya ni. Mudahan ada rezeki dapatlah mereka pi

melanjutkan  pelajaran keluar negara. Kurang betul

anak-anak Melayu yang ambil jurusan ini.

NO. AKAUN PUBLIC BANK

4477 6402 3165 1117

atas nama

NORFARAHANIS BINTI AMRAN.

PENYAKIT ZAHIR

Nama-nama penyakit ni doktor punya kerja. Ianya

semuanya berpunca dari Kuman. Makhluk Allah jua.

InsyaAllah kita berusaha, berikhtiar, istiqamah

berdoa, beramal InsyaAllah akan selesai 1001

masalah. Allah menentukan segala-galanya

Kaedah rawatan hanya menggunakan ayat-ayat

Al-Quran, Zikir, doa dan minuman herba terpilih

InsyaAllah dengan izin sembuh seperti sedia kala.














 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.